Sunday, 15 May 2016

Sumber Data Demografi

Beberapa kaedah mengukur maklumat (data) penduduk:

-Partisan (percentages)  
-Nisbah (ratios) – nisbah jantina
-Purata (averages)  
-Kadaran – kadar kematian i.e. sejumlah kematian kepada 1,000 penduduk.
-Indeks – indeks ketaksamarataan, indeks penumpuan umur

Sumber Data Demografi

1. Banci

Menghitung setiap individu dan mencatatkan segala ciri-ciri berkaitan individu berkenaan secara berasingan. Ia meliputi suatu ruang wilayah yang khusus dan semua mereka yang berada dalam ruang tersebut dihitung pada ketika itu. Segala perhitungan dan catatan yang dibuat dilakukan pada masa dan tempoh rujukan yang ditetapkan. Usaha mengumpulkan maklumat (data) dilakukan dalam suatu sela/tempoh yang ditetapkan i.e. 10 tahun sekali.

2. Survei (Tinjauan persampelan)

Urusan mengumpulkan data dilakukan lebih kerap dan tidak ditetapkan masa berbanding banci. Tidak seperti banci, survei sering dilakukan secara persendirian, sementara banci selalu dijalankan oleh pemerintah. Survei boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Kadangkala survei dijalankan untuk urusan memantapkan data banci. Teknik menjalankan survei umumnya tidak banyak berbeza dengan banci terutama dalam urusan mengumpul dan mencatat data. Survei mengumpul maklumat lebih khusus dan mendalam tentang sesuatu peristiwa berbanding banci yang lebih umum sifatnya.

3. Sistem Pendaftaran
Proses pengendalian, pengumpulan dan penerbitan data diuruskan oleh agensi pemerintah di peringkat pusat, negeri maupun tempatan. Sama seperti banci dan survei kerana terlibat mengumpulkan data individu terutama data penting (vital record). Rekod catatannya standad bagi melaporkan sesuatu peristiwa penting i.e. kelahiran hidup, kematian, kelahiran mati, perkahwinan, penceraian, migrasi antarabangsa dan seumpama. Satu ciri sistem pendaftaran yang membezakannya dengan banci dan survei ialah proses pengendalian dan perlaksanaannya dijalankan secara berterusan. Urusan merekod sesuatu peristiwa pula ditetapkan untuk suatu tempoh masa tertentu selepas peristiwa itu berlaku bagi memaksimumkan ketepatannya. Laporan data yang dikumpulkan akan diterbit secara periodic/ tempoh masa ditetapkan i.e. setiap bulan, suku tahun (quarterly) maupun tahunan secara berterusan.

Sumber Data Lain

Rekod percukaian pembayar cukai dan tanggungannya yang terdapat dengan Jabatan Hasil dalam Negeri. Rekod Majlis Daerah berkaitan isirumah yang tinggal dalam sesuatu daerah i.e. rekod alamat cukai tanah, cukai pintu dan seumpama. Rekod persatuan penduduk sesuatu kawasan/taman perumahan atau rumah ibadat i.e. rekod masjid/khariah atau gereja. Rekod alamat pejabat pos, Rekod pengeluaran permit pembinaan rumah atau bangunan kediaman, Rekod pelanggan telefon, Rekod pengguna bekalan air, elektrik, meter gas dan seumpama.





No comments:

Post a Comment