Sunday, 15 May 2016

DASAR KEPENDUDUKAN

 Menurut Todaro (1977), semua kerajaan melaksanakan 4 polisi utama berikut:
1. polisi fiskal – aturan-aturan berkaitan pengumpulan hasil/cukai dan urusan perbelanjaan awam.

2. polisi kewangan – merujuk kepada hal-hal berkaitan pusingan wang dan pemberian kredit, penentuan kadar faedah, operasi bank-bank awam, urusan pelaburan/tabungan individu/korporat serta hal tuju skim-skim pelaburan.

3. kawalan legislatif – melibatkan intervensi pasaran bagi menyeimbangkan pasaran ekonomi dan membantu pihak swasta dalam menentukan arah pelaburan mereka melalui pemberian lesen, menguatkuasa undang-undang imigresen, undang-undang kawalselia korporat.

4. polisi intervensi pelbagai – merujuk kepada keperluan struktural dan perubahan institusi dalam sesuatu sistem sosial atau ekonomi i.e. pembaharuan agraria, penstrukturan semula sistem pendidikan dan khidmat kesihatan, penubuhan badan-badan kerjasama/korporasi dan seumpama.

Setiap polisi ini boleh mempengaruhi perlakuan demografi penduduk – fertiliti, mortaliti dan migrasi. Sesetangah polisi ini bertindak secara langsung mempengaruhi perubahan penduduk dan sesetengahnya secara tidak langsung.
Menurut Corsa & Oakley (1979), dasar kependudukan ditakrifkan sebagai ‘ semua tindakan kerajaan yang mempengaruhi atau boleh mempengaruhi keseimbangan antara kelahiran, kematian dan migrasi penduduk, termasuk ke atas saiz, struktur dan taburan geografi penduduk.
Secara umum, dasar penduduk sesebuah negara boleh dibahagikan kepada dua:
1. Dasar-dasar yang mempengaruhi penduduk (population influencing policies) – suatu tindakan politik yang dilakukan secara sedar untuk mempengaruhi perlakuan demografi penduduk. Tindakan mempengaruhi perlakuan demografi penduduk ini dilaksanakan dengan tujuan mencapai matlamat-matlamat bukan demografi i.e. meningkatkan GNP. Dalam kata lain, dasar ini bertujuan merubah perlakuan demografi penduduk agar matlamat pembangunan sosial dan ekonomi negara tercapai. Contoh, bagi mengubah tingkahlaku demografi penduduk dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti menyediakan perkhidmatan perancangan keluarga, kawalan ke atas migrasi dalaman, atau liberalisasi pendidikan. Dasar ini juga boleh


dilaksanakan untuk mencapai objektif bukan demografi seperti mempromosi kesihatan ibu dan kanak-kanak sebagai matlamat akhir tetapi tidak dinafikan dasar/aktiviti ini boleh juga memberi kesan kepada menurunnya kematian bayi/kanak-kanak, dan membantu mengurangkan fertiliti.

2. Dasar-dasar yang bertindakbalas daripada pengaruh penduduk (population responsive policies) – merujuk kepada dasar-dasar yang dicipta sebagai tindakbalas kepada pengaruh penduduk/situasi demografi yang menimbulkan pelbagai masalah sosial dan ekonomi. Dasar perumahan dan kesihatan awam dibentuk bagi mengatasi masalah setingga atau kemerosotan kualiti hidup di bandar akibat berleluasanya fenomena migrasi dari desa ke bandar.

Polisi-Polisi dan Program-Program Malaysia Mempengaruhi Mortaliti
Antara polisi kerajaan Malaysia untuk mengurangkan tingkat mortaliti kepada sekitar 6 per 1000 penduduk terbahagi kepada dua:
1. Polisi/program membasmi dan mengawal wabak penyakit dan penyakit berjangkit seperti malaria, penyakit cerit beret, kusta melalui perubatan pencegahan dan rawatan.

2. Polisi/program meningkatkan standad kesihatan rakyat melalui program kesihatan luarbandar seperti pembinaan pusat-pusat kesihatan, klinik ibu dan kanak-kanak dan perluasan pendidikan kesihatan kepada orang awam.

3. Polisi dan program menambahbaik sekitaran hidup dan pemakanan penduduk melalui promosi standad kesihatan dan pemakanan tertentu melalui sistem sanitasi yang lebih baik, meningkatkan tahap kenal huruf penduduk bagi meningkatkan penerimaan masyarakat awam kepada perubatan moden dan amalan-amalan kesihatan awam yang lebih sempurna.

4. Memperluaskan program perancang keluarga seperti menjarakkan kelahiran anak bagi mengurangkan risiko kematian sewaktu bersalin.

5. Program kawalan kualiti makanan melalui penguatkuasaan Ordinan Makanan dan Penggunaan Dadah dan keselamatan pekerja di tempat kerja dengan menguatkuasa aturan-aturan keselamatan di tempat kerja bagi melindungi pekerja daripada risiko kemalangan di tempat kerja.

Polisi-Polisi dan Program Malaysia Mempengaruhi Fertiliti
Ini termasuklah melaksanakan polisi dan program-program berikut:
1. Bagi mengalakkan fertiliti diperkenalkan polisi melarang menggunakan/ mengamalkan teknik-teknik merancang keluarga tertentu bagi menggalakkan fertiliti.

2. Program mengawal fertiliti pula melibatkan galakan menggunakan perancang keluarga termasuk polisi berkaitan pengguguran anak/kandungan.

3. Program kesihatan ibu dan kanak-kanak bagi menjamin kelahiran sihat dan selamat.

4. Program galakan/tidak galakan fertilti i.e. meningkatkan insentif/kos psikik atau material bagi sesuatu kelahiran tambahan i.e. undang-undang berkaitan cukai pendapatan peribadi bagi mereka yang memiliki anak sedikit dan ramai. Pengiraan cukai secara berasingan antara pasangan suami/isteri boleh bertindak sebagai insentif kepada suami tapi disinsentif kepada isteri untuk melahiran lebih ramai anak.

5. Program menyediakan faedah bersalin kepada bilangan anak tertentu.

6. Program insentif perumahan kos rendah kepada mereka berkeluarga kecil/besar.

7. Program pengecualian kos pendidikan/ pendidikan percuma kepada mereka berkeluarga kecil/besar.

8. Kebebasan memilih sekolah berjarak dekat atau sejajar dengan kehendak ibubapa yang berkeluarga kecil/besar.

9. Polisi/program galakan peluang pendidikan/pekerjaan kepada wanita dewasa.

Polisi-Polisi dan Program Mempengaruhi Migrasi
Polisi dan program ini lebih menjurus kepada mempengaruhi taburan penduduk secara langsung. Antara polisi dan program yang mempengaruhi migrasi di Malaysia bagi menyeimbangkan taburan penduduk ialah:
1. Polisi galakan migrasi yang bermotif mengalakan perpindahan penduduk bagi mencapai tujuan pembangunan ekonomi dan sosial tertentu.


2. Polisi bukan bermotif mengalakkan migrasi tetapi lebih menjurus kepada pembangunan ekonomi dan sosial tetapi memberi impak kepada berlakunya migrasi penduduk.

Polisi-polisi mempengaruhi migrasi ialah:
1. Strategi pelaburan dan petempatan industri bagi mengalakan pembangunan ekonomi dan sosial. Polisi/strategi ini boleh mempengaruhi arah aliran penduduk/pekerja kesesuatu kawasan tertentu.

2. Polisi petempatan dan pembangunan tanah baru (new land development and settlement) i.e. program-program pembangunan wilayah (FELDA) bagi memindahkan penduduk luarbandar ke kawasan luarbandar lain yang tidak bertanah.

3. Polisi Pertumbuhan Pusat-pusat bandar (Urban Growth Center) – pembentukan pusat-pusat bandar baru untuk menyelerakkan pembangunan ke luar daripada bandar-bandar utama/metropolitan.

4. Strategi desentralisasi industri (Industrial decentralization) – mempromosi pertumbuhan dan penyebaran industri ke wilayah kurang membangun yang kaya dengan sumber asli dan tenaga buruh. Ini dilakukan dengan memberi pengecualian cukai atau insentif kepada pihak yang terbabit.

5. Program Pembangunan In-Situ (Integrated in-situ rural development) terutama di kawasan yang miskin bagi meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian dan pendapatan.

6. Program Pemulihan Bandar atau Pembangunan Bandar (Urban development and renewal) – Pembukaan Kampung-Kampung Baru di bandar unttuk mengelakkan ancaman komunis.

7. Polisi Sosio-Ekonomi Lain – kuota 30% untuk Bumiputera dalam pelbagai sektor di bandar, membuka peluang pekerja kepada Melayu di bandar, kemudahan pinjaman dan tapak perniagaan untuk orang Melayu dibandar, kemudahan perumahan kos rendah oleh pihak kerajaan dan swasta kepada pembeli Melayu, kuota 30% perumahan kos rendah untuk pembeli Melayu, pembinaan rumah kos rendah untuk setinggan terutama kepada migran Melayu bandar, menaiktaraf kawasan setinggan di bandar, bantuan kewangan untuk orang Melayu dalam pendidikan menengah dan tinggi terutama di bandar, pembinaan jaringan komunikasi lebih baik menghubungkan desa-bandar.

Perbincangan Mengenai Dasar Kependudukan di Malaysia
Rujuk Usman Yaakob (1989) Prinsip Kajian Kependudukan, DBP. Bab 10.

Lim Lin Lean (1983) Population and Development, IBS, Chpt VIII

Konsep-Konsep Asas Demografi

1- Mortaliti
  • Tingkat mortaliti penting dalam mengukur kualiti hidup penduduk.
  • Isu mortaliti juga berkaitrapat dengan status kesihatan penduduk. Ini juga bermakna data mortaliti selalu digunakan sebagai indikator kepada status kesihatan modal insan.
  • Data mortaliti juga berguna sebagai ukuran mengawal sesuatu penyakit dan mengurangkan kematian melalui dasar-dasar kerajaan seperti dasar kesihatan, dasar tenaga buruh dan keperluan penyertaan penduduk dalam skim-skim perlindungan insuran kesihatan atau nyawa
  • Badan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan kematian sebagai: “ Hilangnya semua bentuk atau tanda-tanda kehidupan secara kekal selepas sesuatu kelahiran hidup berlaku” 
  • Sesuatu kematian yang berlaku sebelum berlakunya kelahiran hidup terkeluar daripada takrif ini.
Perbezaan Pola Mortaliti

Mengikut jantina
Secara umum jangkahayat wanita lebih panjang daripada lelaki
Tingkat mortaliti lelaki adalah tinggi berbanding wanita pada semua peringkat umur di NM & NSM
Mengikut umur
bentuk keluk kematian yang tipikal/lazim adalah berbentuk U.  Mortaliti tinggi pada umur awal kelahiran dan kemudian merosot menjelang umur dewasa dan kembali meningkat semula menjelang usia tua
Kejatuhan tingkat mortaliti adalah lebih cepat pada usia awal kelahiran berbanding peningkatannya pada usia tua

Mengikut kawasan
·         perbezaan tingkat mortaliti antara bandar dan luarbandar adalah kecil di negara perindustrian maju.
·         sebelum abad ke 20, mortaliti adalah tinggi di bandar berbanding luarbandar di negara Eropah dan Amerika Utara.  Bagaimanapun, perbezaan ini mulai menurun selepas abad ke 20.
·         di negara membangun, kemajuan dalam perkhidmatan kesihatan awam dan kemudahan perubatan di bandar disertai status sosio-ekonomi penduduk bandar yang meningkat dari segi berpendidikan, pendapatan dan memiliki kesedaran tinggi tentang soal kesihatan membawa kepada tingkat mortaliti bandar lebih rendah daripada kawasan luarbandar

 Mengikut etnik atau agama
       Wujud perbezaan tingkat mortaliti mengikut latarbelakang etnik/budaya dan agama/kepercayaan penduduk.
       Contoh, di USA tingkat mortaliti tinggi dalam kalangan mereka bukan berkulit putih berbanding mereka yang berkulit putih.
       Kes bunuh diri agak berkurangan dalam kalangan penganut agama Islam berbanding bukan Islam.
       Di Malaysia juga berlaku perbezaan tingkat mortaliti antara etnik Melayu, Cina dan India. Tingkat mortaliti lebih tinggi dalam kalangan Melayu berbanding bukan Melayu dan ini berkaitrapat dengan perbezaan status sosio-ekonomi antara etnik-etnik ini di Malaysia.
       Tingkat mortaliti juga berbeza mengikut status perkahwinan. Tingkat mortaliti lebih rendah dalam kalangan mereka berstatus kahwin   berbanding status perkahwinan lain (membujang, bercerai atau menjanda, atau berpisah). Ini ada kaitan dengan kestabilan emosi, jaminan sekitaran kehidupan keluarga yang sihat dan terjamin
 Mengikut status ekonomi penduduk

o   Walaupun tingkat mortaliti telah menurun, masih terdapat perbezaan pola mortaliti dalam kalangan penduduk mengikut status sosio-ekonomi –perbezaan mengikut pekerjaan, pendapatan, pendidikan dll.
o   Mereka dari status sosio-ekonomi tinggi mempunyai tingkat mortaliti lebih rendah berbanding mereka berstatus sosio-ekonomi rendah. Perbezaan status sosio-ekonomi ini mempunyai pengaruh ke atas kualiti pemakanan, persekitaran kediaman dan tabiat/gaya hidup penduduk. 
o   Mereka dari kelas sosial rendah (buruh) mempunyai tingkat mortaliti lebih tinggi daripada mereka dari kelas sosial atasan (golongan professional, pegawai berpangkat tinggi)
o   Mereka (ibu-ibu) berpendidikan tinggi mempunyai tingkat mortaliti bayi lebih rendah berbanding mereka yang berpendidikan rendah. Ini  menunjukkan wujud hubungan rapat antara taraf pendidikan dan tingkat mortaliti

2- Fertiliti

Fertiliti berkaitan rapat dengan fenomena kelahiran
merujuk kepada ‘bilangan sebenar kelahiran hidup yang berlaku pada seseorang wanita, pasangan suami isteri atau sekumpulan wanita’ dalam suatu jangka masa tertentu .
Fertiliti berbeza dengan konsep kesuburan (fecundity)
Fekunditi merujuk kepada  kemampuan atau keupayaan fisiologi seseorang wanita untuk menghasilkan kelahiran hidup 
Konsep fertiliti adalah terhad kepada kesuburan seseorang wanita dan kebiasaannya lebih rendah daripada kemampuan fisiologikalnya untuk mempunyai/melahiran anak (faktor umur: 15-49 th)

Faktor lain mempengaruhi fertiliti:
       Taburan umur dan jantina  penduduk - kadar/bilangan wanita dalam kumpulan umur produktif (15-49 tahun) adalah petunjuk penting kepada aras fertiliti
       Fenomena perkahwinan - kadar/bilangan pasangan berkahwin juga merupakan petunjuk penting kepada aras fertiliti dalam sesuatu kependudukan
       Tempoh perkahwinan/jangkamasa dalam perkahwinan - tempoh sesuatu perkahwinan juga penting sebagai petunjuk kepada aras fertiliti.  Kadar penceraian yang tinggi boleh merencatkan aras fertiliti
       Pariti atau bilangan anak yang sudah dilahirkan - pariti penting dalam menentukan aras fertiliti. Biasanya sais keluarga sering dipengaruhi oleh nilai sosial.  Nilai sosial yang tidak menggalakkan bilangan anak yang ramai akan menyebabkan aras fertiliti rendah, dan ini akan mempengaruhi bilangan kelahiran dan saiz famili seterusnya
       Faktor jantina anak - dalam konteks sesuatu budaya, terdapat nilai tertentu tentang jantina anak.  Percubaan untuk terus mendapatkan anak dari jantina tertentu boleh mempengaruhi aras fertiliti.

3- Migrasi

       A definition of migration: "the movement of people which involve a permanent change of residence, where permanent is taken to last more than one year" (based on the United Nations Commission, and Carr (1997) p. 46).

Inovasi Dalam Pengumpulan Data

Pertumbuhan platform analisis dan kolaborasi data yang ada akan memungkinkan pengolahan data dilakukan secara lebih transparent. Pemerintahan, korporat, organisasi, komuniti, dan individu dapat mengakses sebuah data dengan mudah untuk dijadikan acuan bagi pengambilan keputusan dan strategi mereka.

Contoh paling baru dari hal ini adalah Techlist dari Tech in Asia. Melalui platform ini, pengguna dapat mendapatkan data yang transparent mengenai ekosistem startup yang ada di Asia. Tentunya, selain Techlist, akan muncul lagi beberapa aplikasi dalam menangani data besar yang transparent seperti ini secara dalam talian.


Sumber Data Demografi

Beberapa kaedah mengukur maklumat (data) penduduk:

-Partisan (percentages)  
-Nisbah (ratios) – nisbah jantina
-Purata (averages)  
-Kadaran – kadar kematian i.e. sejumlah kematian kepada 1,000 penduduk.
-Indeks – indeks ketaksamarataan, indeks penumpuan umur

Sumber Data Demografi

1. Banci

Menghitung setiap individu dan mencatatkan segala ciri-ciri berkaitan individu berkenaan secara berasingan. Ia meliputi suatu ruang wilayah yang khusus dan semua mereka yang berada dalam ruang tersebut dihitung pada ketika itu. Segala perhitungan dan catatan yang dibuat dilakukan pada masa dan tempoh rujukan yang ditetapkan. Usaha mengumpulkan maklumat (data) dilakukan dalam suatu sela/tempoh yang ditetapkan i.e. 10 tahun sekali.

2. Survei (Tinjauan persampelan)

Urusan mengumpulkan data dilakukan lebih kerap dan tidak ditetapkan masa berbanding banci. Tidak seperti banci, survei sering dilakukan secara persendirian, sementara banci selalu dijalankan oleh pemerintah. Survei boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Kadangkala survei dijalankan untuk urusan memantapkan data banci. Teknik menjalankan survei umumnya tidak banyak berbeza dengan banci terutama dalam urusan mengumpul dan mencatat data. Survei mengumpul maklumat lebih khusus dan mendalam tentang sesuatu peristiwa berbanding banci yang lebih umum sifatnya.

3. Sistem Pendaftaran
Proses pengendalian, pengumpulan dan penerbitan data diuruskan oleh agensi pemerintah di peringkat pusat, negeri maupun tempatan. Sama seperti banci dan survei kerana terlibat mengumpulkan data individu terutama data penting (vital record). Rekod catatannya standad bagi melaporkan sesuatu peristiwa penting i.e. kelahiran hidup, kematian, kelahiran mati, perkahwinan, penceraian, migrasi antarabangsa dan seumpama. Satu ciri sistem pendaftaran yang membezakannya dengan banci dan survei ialah proses pengendalian dan perlaksanaannya dijalankan secara berterusan. Urusan merekod sesuatu peristiwa pula ditetapkan untuk suatu tempoh masa tertentu selepas peristiwa itu berlaku bagi memaksimumkan ketepatannya. Laporan data yang dikumpulkan akan diterbit secara periodic/ tempoh masa ditetapkan i.e. setiap bulan, suku tahun (quarterly) maupun tahunan secara berterusan.

Sumber Data Lain

Rekod percukaian pembayar cukai dan tanggungannya yang terdapat dengan Jabatan Hasil dalam Negeri. Rekod Majlis Daerah berkaitan isirumah yang tinggal dalam sesuatu daerah i.e. rekod alamat cukai tanah, cukai pintu dan seumpama. Rekod persatuan penduduk sesuatu kawasan/taman perumahan atau rumah ibadat i.e. rekod masjid/khariah atau gereja. Rekod alamat pejabat pos, Rekod pengeluaran permit pembinaan rumah atau bangunan kediaman, Rekod pelanggan telefon, Rekod pengguna bekalan air, elektrik, meter gas dan seumpama.





Tujuan Dan Manfaat Demografi

Ilmu demografi secara umumnya terdiri dari empat tujuan utama iaitu:

1. Mempelajari kuantiti dan distribusi penduduk dalam suatu daerah tertentu.
2. Menjelaskan pertumbuhan penduduk masa lampau, penurunannya dan persebarannya dengan sebaik-baiknya dan dengan data yang tersedia.
3. Mengembangkan hubungan sebab akibat antara perkembangan penduduk dengan bermacam-macam aspek organisasi sosial.
4. Mencuba meramalkan pertumbuhan penduduk di masa yang akan datang dan kemungkinan-kemungkinan berdasarkan data yang diperoleh.


Keempat tujuan utana tersebut akan bermanfaat untuk:

1. Perancangan pembangunan yang berhubung kait dengan pendidikan, ketenteraan, kesejahteraan sosial, perumahan, pertanian dan lain-lain yang dilakukan pemerintah menjadi lebih tepat sasaran jika  mempertimbangkan komposisi penduduk yang ada sekarang dan yang akan datang.
2. Evaluasi kerja pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah dengan melihat perubahan komposisi penduduk yang ada sekarang dan yang lalu beserta faktor-faktor yang mempengaruhinya.
3. Melihat peningkatan standard kehidupan melalui jangka hayat rata-rata penduduk,
4. Melihat kadar perkembangan ekonomi yang diukur dari segi peluang pekerjaan, kadar penduduk yang terlibat dalam sektor pertanian, industri dan perkhidmatan.

Contoh:

Pengertian Definisi Demografi



Kata demografi berasal dari bahasa Yunani yang berarti “ Demos ” adalah rakyat atau penduduk dan “ Grafein ” adalah menulis. Jadi Demografi adalah tulisan-tulisan atau karangan-karangan mengenai rakyat atau penduduk. Istilah ini dipakai pertama kalinya oleh Achille Guillard dalam karangannya yang berjudul “ Elements de Statistique Humaine on Demographic Compares “ pada tahun 1885.

Berdasarkan Multilingual Demographic Dictionary (IUSSP, 1982) definisi demografi adalah sebagai berikut : Demography is the scientifict study of human population in primary with the respect to their size, their structure (composition) and their development (change). Terjemahannya sebagai berikut Demografi mempelajari penduduk (suatu wilayah) terutama mengenai jumlah, struktur (komposisi penduduk) dan perkembangannya (perubahannya).

Philip M. Hauser dan Duddley Duncan (1959) mengusulkan definisi demografi sebagai berikut : Demography is the study of the size, territorial distribution and composition of population, changes there in and the components of a such changes which maybe identified as natality, territorial movement (migration), and social mobility (changes of states). Terjemahan sebagai berikut : Demografi mempelajari jumlah, persebaran, territorial dan komposisi penduduk serta perubahan-perubahannya dan sebabsebab perubahan itu, yang biasanya timbul karena natalitas (fertilitas), mortalitas, gerak territorial (migrasi) dan mobilisasi sosial (perubahan status)

Masih banyak lagi ahli demografi yang menjelaskan tentang pengertian demografi. Maka dari kedua definisi diatas dapat kita simpulkan sebagai berikut : Demografi adalah ilmu yang mempelajari struktur dan proses penduduk di suatu wilayah. Struktur penduduk meliputi : jumlah, persebaran, dan komposisi penduduk. Struktur ini selalu berubah-ubah, dan perubahan tersebut disebabkan karena proses demografi, yaitu : kelahiran(fertilitas), kematian(mortalitas), dan migrasi penduduk.