Menurut Todaro (1977), semua kerajaan melaksanakan 4 polisi
utama berikut:
1. polisi fiskal – aturan-aturan berkaitan pengumpulan
hasil/cukai dan urusan perbelanjaan awam.
2. polisi kewangan – merujuk kepada hal-hal berkaitan
pusingan wang dan pemberian kredit, penentuan kadar faedah, operasi bank-bank
awam, urusan pelaburan/tabungan individu/korporat serta hal tuju skim-skim
pelaburan.
3. kawalan legislatif – melibatkan intervensi pasaran bagi
menyeimbangkan pasaran ekonomi dan membantu pihak swasta dalam menentukan arah
pelaburan mereka melalui pemberian lesen, menguatkuasa undang-undang imigresen,
undang-undang kawalselia korporat.
4. polisi intervensi pelbagai – merujuk kepada keperluan
struktural dan perubahan institusi dalam sesuatu sistem sosial atau ekonomi
i.e. pembaharuan agraria, penstrukturan semula sistem pendidikan dan khidmat
kesihatan, penubuhan badan-badan kerjasama/korporasi dan seumpama.
Setiap polisi ini boleh mempengaruhi perlakuan demografi
penduduk – fertiliti, mortaliti dan migrasi. Sesetangah polisi ini bertindak
secara langsung mempengaruhi perubahan penduduk dan sesetengahnya secara tidak
langsung.
Menurut Corsa & Oakley (1979), dasar kependudukan
ditakrifkan sebagai ‘ semua tindakan kerajaan yang mempengaruhi atau boleh
mempengaruhi keseimbangan antara kelahiran, kematian dan migrasi penduduk,
termasuk ke atas saiz, struktur dan taburan geografi penduduk.
Secara umum, dasar penduduk sesebuah negara boleh
dibahagikan kepada dua:
1. Dasar-dasar yang mempengaruhi penduduk (population
influencing policies) – suatu tindakan politik yang dilakukan secara sedar
untuk mempengaruhi perlakuan demografi penduduk. Tindakan mempengaruhi
perlakuan demografi penduduk ini dilaksanakan dengan tujuan mencapai
matlamat-matlamat bukan demografi i.e. meningkatkan GNP. Dalam kata lain, dasar
ini bertujuan merubah perlakuan demografi penduduk agar matlamat pembangunan
sosial dan ekonomi negara tercapai. Contoh, bagi mengubah tingkahlaku demografi
penduduk dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti menyediakan perkhidmatan
perancangan keluarga, kawalan ke atas migrasi dalaman, atau liberalisasi
pendidikan. Dasar ini juga boleh
dilaksanakan untuk mencapai objektif bukan demografi seperti
mempromosi kesihatan ibu dan kanak-kanak sebagai matlamat akhir tetapi tidak
dinafikan dasar/aktiviti ini boleh juga memberi kesan kepada menurunnya
kematian bayi/kanak-kanak, dan membantu mengurangkan fertiliti.
2. Dasar-dasar yang bertindakbalas daripada pengaruh
penduduk (population responsive policies) – merujuk kepada dasar-dasar yang
dicipta sebagai tindakbalas kepada pengaruh penduduk/situasi demografi yang
menimbulkan pelbagai masalah sosial dan ekonomi. Dasar perumahan dan kesihatan
awam dibentuk bagi mengatasi masalah setingga atau kemerosotan kualiti hidup di
bandar akibat berleluasanya fenomena migrasi dari desa ke bandar.
Polisi-Polisi dan Program-Program Malaysia Mempengaruhi
Mortaliti
Antara polisi kerajaan Malaysia untuk mengurangkan tingkat
mortaliti kepada sekitar 6 per 1000 penduduk terbahagi kepada dua:
1. Polisi/program membasmi dan mengawal wabak penyakit dan
penyakit berjangkit seperti malaria, penyakit cerit beret, kusta melalui
perubatan pencegahan dan rawatan.
2. Polisi/program meningkatkan standad kesihatan rakyat
melalui program kesihatan luarbandar seperti pembinaan pusat-pusat kesihatan,
klinik ibu dan kanak-kanak dan perluasan pendidikan kesihatan kepada orang
awam.
3. Polisi dan program menambahbaik sekitaran hidup dan
pemakanan penduduk melalui promosi standad kesihatan dan pemakanan tertentu
melalui sistem sanitasi yang lebih baik, meningkatkan tahap kenal huruf
penduduk bagi meningkatkan penerimaan masyarakat awam kepada perubatan moden
dan amalan-amalan kesihatan awam yang lebih sempurna.
4. Memperluaskan program perancang keluarga seperti
menjarakkan kelahiran anak bagi mengurangkan risiko kematian sewaktu bersalin.
5. Program kawalan kualiti makanan melalui penguatkuasaan
Ordinan Makanan dan Penggunaan Dadah dan keselamatan pekerja di tempat kerja
dengan menguatkuasa aturan-aturan keselamatan di tempat kerja bagi melindungi
pekerja daripada risiko kemalangan di tempat kerja.
Polisi-Polisi dan Program Malaysia Mempengaruhi Fertiliti
Ini termasuklah melaksanakan polisi dan program-program
berikut:
1. Bagi mengalakkan fertiliti diperkenalkan polisi melarang
menggunakan/ mengamalkan teknik-teknik merancang keluarga tertentu bagi
menggalakkan fertiliti.
2. Program mengawal fertiliti pula melibatkan galakan
menggunakan perancang keluarga termasuk polisi berkaitan pengguguran
anak/kandungan.
3. Program kesihatan ibu dan kanak-kanak bagi menjamin
kelahiran sihat dan selamat.
4. Program galakan/tidak galakan fertilti i.e. meningkatkan
insentif/kos psikik atau material bagi sesuatu kelahiran tambahan i.e.
undang-undang berkaitan cukai pendapatan peribadi bagi mereka yang memiliki
anak sedikit dan ramai. Pengiraan cukai secara berasingan antara pasangan suami/isteri
boleh bertindak sebagai insentif kepada suami tapi disinsentif kepada isteri
untuk melahiran lebih ramai anak.
5. Program menyediakan faedah bersalin kepada bilangan anak
tertentu.
6. Program insentif perumahan kos rendah kepada mereka
berkeluarga kecil/besar.
7. Program pengecualian kos pendidikan/ pendidikan percuma
kepada mereka berkeluarga kecil/besar.
8. Kebebasan memilih sekolah berjarak dekat atau sejajar
dengan kehendak ibubapa yang berkeluarga kecil/besar.
9. Polisi/program galakan peluang pendidikan/pekerjaan
kepada wanita dewasa.
Polisi-Polisi dan Program Mempengaruhi Migrasi
Polisi dan program ini lebih menjurus kepada mempengaruhi
taburan penduduk secara langsung. Antara polisi dan program yang mempengaruhi
migrasi di Malaysia bagi menyeimbangkan taburan penduduk ialah:
1. Polisi galakan migrasi yang bermotif mengalakan
perpindahan penduduk bagi mencapai tujuan pembangunan ekonomi dan sosial
tertentu.
2. Polisi bukan bermotif mengalakkan migrasi tetapi lebih
menjurus kepada pembangunan ekonomi dan sosial tetapi memberi impak kepada
berlakunya migrasi penduduk.
Polisi-polisi mempengaruhi migrasi ialah:
1. Strategi pelaburan dan petempatan industri bagi mengalakan
pembangunan ekonomi dan sosial. Polisi/strategi ini boleh mempengaruhi arah
aliran penduduk/pekerja kesesuatu kawasan tertentu.
2. Polisi petempatan dan pembangunan tanah baru (new land
development and settlement) i.e. program-program pembangunan wilayah (FELDA)
bagi memindahkan penduduk luarbandar ke kawasan luarbandar lain yang tidak
bertanah.
3. Polisi Pertumbuhan Pusat-pusat bandar (Urban Growth
Center) – pembentukan pusat-pusat bandar baru untuk menyelerakkan pembangunan
ke luar daripada bandar-bandar utama/metropolitan.
4. Strategi desentralisasi industri (Industrial
decentralization) – mempromosi pertumbuhan dan penyebaran industri ke wilayah
kurang membangun yang kaya dengan sumber asli dan tenaga buruh. Ini dilakukan
dengan memberi pengecualian cukai atau insentif kepada pihak yang terbabit.
5. Program Pembangunan In-Situ (Integrated in-situ rural
development) terutama di kawasan yang miskin bagi meningkatkan produktiviti
dalam sektor pertanian dan pendapatan.
6. Program Pemulihan Bandar atau Pembangunan Bandar (Urban
development and renewal) – Pembukaan Kampung-Kampung Baru di bandar unttuk
mengelakkan ancaman komunis.
7. Polisi Sosio-Ekonomi Lain – kuota 30% untuk Bumiputera
dalam pelbagai sektor di bandar, membuka peluang pekerja kepada Melayu di
bandar, kemudahan pinjaman dan tapak perniagaan untuk orang Melayu dibandar,
kemudahan perumahan kos rendah oleh pihak kerajaan dan swasta kepada pembeli
Melayu, kuota 30% perumahan kos rendah untuk pembeli Melayu, pembinaan rumah kos
rendah untuk setinggan terutama kepada migran Melayu bandar, menaiktaraf
kawasan setinggan di bandar, bantuan kewangan untuk orang Melayu dalam
pendidikan menengah dan tinggi terutama di bandar, pembinaan jaringan
komunikasi lebih baik menghubungkan desa-bandar.
Perbincangan Mengenai Dasar Kependudukan di Malaysia
Rujuk Usman Yaakob (1989) Prinsip Kajian Kependudukan, DBP.
Bab 10.
Lim Lin Lean (1983) Population and Development, IBS, Chpt
VIII